Teka teki lawak sementara menunggu waktu berbuka/bersahur..tapi jangan gelak lebih-lebih pula, nanti kurang pahala posa korang....
S : Bebanyak ikan, ikan apa yang selalu sakit perut?
J : Ikan kembung.
S : Apa dia: bila kecik dia hitam, bila besar jadi putih?
J : Michael Jackson.
S : Bebanyak singa, singa apa yang tak makan daging?
J : Singapura.
S : Kenapa hidung lembu sentiasa berair?
J : Lembu tak tahu nak kesat hidungnya dengan tisu.
S : Burung apakah yang paling penyayang?
J : Burung belatuk... sebab dia bela atuk.
S : Lembu apakah yang selalu dicari?
J : Lembu apalagi... lembu yang hilanglah.
S : Kalau seorang, sendiri tau. Kalau berdua, dua-dua sama tau. Bertiga,
tiada siapa yang tahu kecuali orang yang buat. Kalau berempat, lagilah tak tahu... apa dia?
J : Kentut...
S : Bom apakah yang tak pernah meletup?
J : Bomba ataupun kuih bom.
S: Kereta apa yang orang tak pernah panggil kereta?
J: Teksi.
S:Dalam Banyak2 air,air apa yg paling berani
J:air terjun..sebab dia berani terjun!!!! Ha!!! Ha!!! Ha!!!!!
S:Banyak- banyak binatang...binatang apa keluar haid..
. J:kura-kura..ala tu pun tak tahu...keluar HEAD....tak paham jugak.ala kepala laa
S:Dlm bnyk2 binatang..... bntg ape yg bertelur dan beranak.....kira 2 alam la
J:siput babilaaaaa.....ye la siput bertelur...babi beranak....
S:Kalau anda ni semuanya pandaiiii cuba teka, banyak-banyak sungai, sungai apa yang paling berat?
J: Sungai Besi...Ha...ha...ha...
S:Kereta dengan motor, mana lebih tua?
J:motor,sebab motor pakai tongkat...
S:Dlm banyak- banyak pokok,pokok apa yg baik hati?
J:pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.
S:kasut apa yang paling keras?
J:kasut BATA
S:Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar
seekor katak.apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu behenti?
J:meter bas tulah
S:Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu..mane huruf yang boleh kahwin .
J:.huruf i ngan u lerrr..hehehehehe.
S:Kalau korang pandai math, 5 orang cina tolak 3 orang india , jadi apa?
J:orang india tu jatuh lah.... keh keh keh!!!
S:Ada 3 biji limau kendian di bahagi kepada 3 bahagian..lepas tu dibagi pulak pada 3 org..baper seorang dapat ?
J:sorang dapat sebiji limau ler..sbb sama gak ko potong atau
tak...hehehhe mesti dapat sorang sebiji
S:benda apa kalau naik tak turun dah?
J:umur la.ish...ish...
S:cuba teka, mouse komputer , jantan ke betina?
J:betina ler..pasal dia pakai pad.hehe
S:Ada sekor gajah dan sekor kancil,berjalan2 dalam hutan.Suatu ketika,mereka terjumpa sebuah titi. Semasa kancil menaiki titi tersebut, titi tersebut runtuh.Kancil telah patah kaki. Gajah pula patah apa.........?
J:Gajah patah apa rasanya ya???? Gajah PATAH BALIK kot!
S:Dalam banyak banyak lembu,lembu apa yang semua petani cari
J:lembu yang hilang lah . kalau tak hilang siapa lah ada masa nak kisah pasal lembu.
S:Hidupan apa didalam laut paling tua.
J:udang sebab dia sudah bongkok dan berjanggut.
S:Cube teka ye benda apa apabila kita berdiri dia baring, bila kita baring dia berdiri.......?
J:tapak kaki la......
S:Banyak2 ikan, ikan apa yang pemalu...
J:ikan sardin.sebab nyer dier duduk dlm tin..